Thursday, May 4, 2017

BIRO 3K & HEM PIBG SMK SBU

Secara rasminya, Biro 3K & HEM PIBG/KSIB SMK Seri Bintang Utara telah ditubuhkan pada hari Ahad, 16hb April 2017, di Majlis Ramah Mesra PIBG & KSIB/PIBK SMK SBU yang telah diadakan di Skylite.

Banner
Dengan kerjasama PIBG SMK SBU, Biro Kokurikulum & Sosial telah berjaya menganjurkan Majlis Ramah Mesra ini. Tujuan penganjuran majlis ini adalah untuk merapatkan hubungan di kalangan ibu bapa dan penjaga murid SMK SBU di samping merancang aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan sepanjang tahun 2017 untuk membantu pihak sekolah dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah dan pembangunan sekolah serta keceriaan sekolah. 

Aturcara

Biro 3K & HEM ini diketuai oleh Puan Rusidah bt Isman dan merupakan salah satu biro di bawah PIBG & KISB / PIBK. Biro-biro lain adalah Biro Akademik & Sahsiah, Biro Kokurikulum & Sosial, Biro Penyelenggaraan dan Peralatan, Biro Ekonomi & Kebajikan  dan Biro AKSB, ICT & Surau. 

Enam (6) Biro KSIB/PIBG SMK SBU

Meja Biro 3K & HEM

Ahli2 Biro 3K & HEM

Semoga Biro 3K & HEM dapat membantu menceriakan SMK SBU dan menjaga kebersihan.serta keselamatan.

No comments:

Post a Comment

Majlis Pelancaran Program Jom Hadir Ke Sekolah 2017

SMK SBU telah turut serta dalam Majlis Pelancaran Program Jom Hadir Ke Sekolah 2017 yang telah diadakan serentak seluruh negara pada 5hb d...